Saturday, 16 July 2011

MURTABAK DURIAN


Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega untuk disapu
  • Kacang tanah yang sudah dikisar 
  • 2 ulas isi durian

Cara-cara membuatnya:

  1. Ayak gula dan telur hingga kembang.
  2. Masukkan yis segera, air dan pewarna kuning. Ayak lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan ayak lagi hingga sebati. 
  4. Sapukan mentega di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi.
  5. Biarkan seketika sementara menunggu masak.
  6. Taburkan kacang tanah di atasnya.
  7. Apabila cukup masak, angkat dan dan sapukan isi durian tanpa biji.
  8. Lipat dua sebelum dipotong.


Bagi menambahkan kelazatan murtabak durian ini, sapukan mentega di permukaan murtabak ini.

JUS ALPUKAT

 
Bahan-bahan :
Air masak
Air batu
1 buah alpukat
Susu krim manis
Susu coklat

Cara membuatnya:

  1. Belah dua buah alpukat itu dan buangkan bijinya. 
  2. Masukkan isi buah alpukat dan air masak ke dalam mesin pengisar minuman.
  3. Setelah itu,masukkan batu ais.Kisar sehingga halus.
  4. Sediakan gelas yang berisi susu berkrim manis dan susu coklat lalu tuangkan jus alpukat ke dalamnya.

Friday, 15 July 2011

MI AYAM

Mi ayam yang amat digemari di Indonesia adalah mi ayam dengan bakso (mi ayam pangsit).


Bahan-bahan :

1 / 2 kg mi ayam
100 ml minyak
100 ml kicap masin
300 gram daging ayam direbus dan dipotong kecil
3 sudu makan kicap manis
2 daun bawang
Bawang goreng secukupnya

Bahan-bahan yang dihancurkan:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh ketumbar
3 cm kunyit
3 cm halia

Bahan-bahan membuat kuah :
2 liter air
1 / 2 kg tulang ayam
1 sudu teh garam
1 / 2 sudu teh lada serbuk

Cara membuatnya:
  1. Masak air sehingga mendidih.
  2. Masukkan tulang ayam dan kicap masin ke dalam air yang mendidih tadi. Masak dengan api yang kecil sehingga beraroma harum.
  3. Tambahkan lada serbuk dan garam secukup rasa.
  4. Tumis bahan-bahan yang dihancurkan sehingga harum.
  5. Masukkan ayam dan dan kicap manis.Tumis hingga bahan-bahan yang dihancurkan menyerap ke dalam ayam.
  6. Tuangkan rebusan ayam yang telah siap dimasak ke dalam mangkuk kecil.
  7. Sediakan mangkuk yang lain berisi mi, ayam yang telah ditumis tadi,hirisan daun bawang serta taburan bawang goreng diatasnya.

BATAGOR

Batagor
Batagor adalah makanan tradisional dari Jawa Barat, Indonesia.



Bahan-bahan Batagor:


500 gram daging ikan putih
2 ulas bawang merah dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil serbuk lada
1 sudu kecil serbuk ayam
3 sudu makan gula pasir
3 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak bijan
3 biji telur
450 gram kanji
10 tauhu dipotong dua
1 daun bawang (dipotong kepada kepingan ½ cm )

Pelengkap:
Kuah kacang dan sos cili

Cara membuatnya:


   1. Letakkan semua bahan kecuali tauhu di dalam mangkuk besar, uli  
       sehingga menjadi doh.
   2. Isikan tauhu yang telah dipotong dua dengan doh.
   3. Goreng sehingga perang keemasan.
   4. Hidangkan batagor di atas pinggan dan tuangkan dengan kuah kacang di 
       atasnya.















SATAY PADANG

 Satay Padang
Satay padang ini asalnya dari Padang, Sumatera Barat, Indonesia.


Bahan- bahan A :

1kg daging lembu
air untuk merebus
1 sudu teh garam
4 sudu makan minyak goreng
2 helai daun kunyit
3 batang serai
10 lembar daun limau
3 cm lengkuas
1 sudu makan rempah kari
1 biji asam jawa
50 g tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
300 ml air
bawang goreng

Bahan-bahan B:
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu makan cili giling
4 cm kunyit
4 cm halia
1 1/2 sudu teh lada
2 sudu teh garam
Cara membuatnya:
  • Rebus daging lembu dalam air mendidih selama 5 minit. Kemudian,masukkan garam secukup rasa.
  • Setelah daging lembu empuk, tapis dan pisahkan air rebusan tadi sebanyak 600 ml.
  • Panaskan minyak goreng. Tumiskan bahan B, masukkan daun kunyit, serai, daun limau, lengkuas, dan rempah kari.
  • Kacau sehingga baunya harum lalu angkat.
  • Masukkan 2 / 3 bahagian tumisan ke dalam air rebusan.
  • Panaskan kembali di atas api lalu masukkan asam jawa.
  • Larutkan tepung beras dan tepung gandum ke dalam air hingga sebati. Setelah air rebusan mendidih, perlahan-lahan masukkan larutan tepung.
  • Masukkan potongan daging lembu serta sisa bahan tumisan tadi.Kacau sebentar di atas api sehingga sebati. 
  • Cucukkan daging lembu itu pada lidi.
  • Panggang satay di atas bara api sehingga baunya harum lebih kurang 3 minit.
  • Sediakan satay yang telah siap dipanggang dengan kuah satay padang.
  • Taburkan bawang goreng di atasnya.
  • Ketupat juga boleh disediakan bersama-sama satay padang.

EMPEK-EMPEK



Empek-empek adalah makanan khas dari Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia.
                                                     

Bahan empek-empek:
1 cawan ikan tenggiri dikisar halus
1 cawan air putih
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
Tepung gandum secukupnya

Bahan -bahan cuka:
1 kg gula melaka
Cili padi sesuai selera
200 g bawang putih
3 sudu makan air limau nipis
Garam secukup rasa
2 liter air 

Cara membuat empek-empek :
  • Campurkan ikan tenggiri dengan air dan garam hingga sebati.
  • Tambahkan tepung gandum sehingga adunan menjadi kental.
  • Bentukkan adunan empek-empek seperti mangkuk lalu isikan dengan telur ayam di dalammya.
  • Rebuskan dalam air mendidih. 
  • Kemudian angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.
  • Masukkan empek-empek ke dalam minyak masak yang telah dipanaskan.Goreng sehingga empek-empek kekuningan. 

Cara membuat cuka: 
  • Masak gula melaka bersama air.
  • Hiriskan bawang putih dan cili padi lalu masukkan ke dalam rebusan gula itu tadi.
  • Masukkan cuka dan garam secukup rasa. Rebus dengan api kecil selama satu jam sehingga sederhana  pekat.
  • Setelah  siap dimasak,angkat dan tapiskan.



Sajikan empek-empek dengan cuka yang telah siap dimasak.